Thursday, December 15, 2011

KELEBIHAN TINGKATAN 6

Post ini khusus ditujukan kepada semua pelajar yang berada di dalam delema sama ada ingin melanjutkan pengajian di form 6 atau pun menerima tawaran di mana-mana IPTA yang lain.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kebaikan masuk ke Form 6.

Di sini aku akan menyatakan beberapa kebaikan berada di Form 6

1. Peluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti lebeh cerah

2. Belajar di Form 6 lebih terurus kerana :

belajar dalam persekitaran yang best

belajar dalam kelas yang kuantiti pelajar yang sedikit ( guru lebeh berfokus pada korang)

3. Korang boleh latih skill korang(kalau korang jenis yg susah utk berdikari, and boleh sebabkan korang mengalami kejutan budaya) form 6 boleh melatih korang berdikari

4. Yang nie paling best. korang boleh jadi senior (boleh buli junior hahahah tp bukan buli tahap kronik nya tau..  buli-buli manja ja.. hahahahah

5. korang boleh dapat secret admirer from budak-budak junior la.. Yang nie kalau korang lelaki lg best.. Boleh dapat awek dari budak-budak junior

6. Subjeknya senang skor..

7. Boleh dapat kenalan baru dari pelbagai sekolah

8. dapat bimbingan sepenuhnya dari guru-guru subjek MUET

Satu nasihat kat korang.. korang tak perlu takut dengan subjek MUET.. subjek nie sangat pentimg. Korang tak kan dapat lari dari MUET. Muet nie subjek wajib nak masuk Universiti.. Kalau korang tak mau masuk Form 6 sebab nak lari dari subjek Muet, Korang silap besar la..Dekat Universiti nanti korang tetap kena amek juga.. Muet dah jadi subjek wajib utk Grad.

Bila korang amek Muet dkt luar, susah.. tak der sape nak guide korang.. Klu kat sekolah tu.. cikgu2 semua ramai boleh bantu korang.

Lagi satu sebab besar kenapa ramai yang tolak tawaran form 6 ialah kerana diaorang tak mau pakai school uniform.  hem… bagi saya.. tak salah kita pakai Uniform tu.. ape ada hal.. lagi pon bagi saya best ape kita pakai baju sekolah tu.. Sweet sangat.. Dekat Universiti kita tetap terikat dengan Protokol pakaian formal.. korang tak boleh pakai pakaian sesuka hati korang.. bagi lelaki kan pakai kemeja ber tie dan bagi perempuan ialah baju kurung.. so korang tak boleh lari dari etika pakaian formal…

memang la kelakar bagi perempuan pakai uniform sekolah baju kurung dengan kasut sekolah yang ala-ala kasut sukan tu hhuhuuh. Bagi aku memang kelakar heheheh… Tapi.. Okey what… ahhahah

jadi form 6 memang pilihan terbaekk..

ha.. utk pengetahuan korang aku baru ja habeh exam STPM.. Exam quite ok LA.. boleh la tahan… tak la susah sgt… The most important thing is korang kena study la betoi-betoi masa form 6. Aku Study form 6 dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Best wow kat sekolah nie,.. aku study kat sini sejak saya form 1 lagi.. ibaratnya Penanti nie dah jadi tanah tumpah darah ku.. Mana taknya.. umah aku depan sekolah.

Okey la kita berjumpa di lain entri

Entri nie selesai ditulis pada 9.45 p.m 14.December.2011

Tuesday, December 6, 2011

Isu BP Maharaja Lawak Mega


Pandangan syz sebagai peminat industry komedi di Malaysia..

Baru-baru nie kita dikejutkan dengan incident bahawa peserta Maharaja Lawak Mega iaitu Sobri Bawal Power membuat persembahan yang mengeluarkan isu sensitive mengenai artis Malaysia iaitu Zaiton Sameo. Sobri yang terpaksa tampil secara solo dalam persembahannya telah mempersembahkan persembahannya yang menggunakan karektor seakan-akan watak Zaiton Sameon. Walaupun dalam persembahannya tidak menggunakan nama sebenar ‘Zaiton Sameon’ tetapi ‘Elton malaon’ tapi kita pasti dapat mengagak karekter yang dibawakan adalah merujuk kepada penyanyi tersebut. Tidak dinafikan bahawa persembahan Sobri mendatangkan kritikan hebat di media-media tempatan. Terutama, salah seorang pengkritik tetap program tersebut. Bagi pendangan syz sebangai penyokong industry komedi tempatan, kita tidak seharusnya menyalahkan secara bulat-bulat sahaja kepada Sobri. Hal ini demikian kerana, persembahan beliau dirancang pada saat terakhir apabila kejadian yang menimpa ke atas gandingan beliau “bob bp” terjadi.. Tambahan pula, pada pandangan syz pihak produksi MLM perlu melakukan sesi penapisan sewaktu raptai program berlangsung. Bukan sahaja persembahan BP sahaja yang menampilkan isu sensitive malah persembahan kumpulan lain di minggu yang terdahulu juga ada yang menampilkan isu yang agak sensitive. Umum perlu mengetahui bahawa program Rancangan Realiti Tv seperti, Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega ini bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa malah kanak-kanak dewasa juga.. lebih-lebih lagi pada ketika ini musim cuti sekolah sedang berlangsung. Bahan-bahan Lawak seperti isu ‘burung’, ‘angry bird’ yang dipersembahkan mungkin boleh difahami oleh golongan dewasa. Tapi sudah pasti bahan lawak ini kurang difahami oleh kanak-kanak. Ketika menonton, kanak-kanak pasti akan bertanya ibu bapa mereka mengenai makna perkataan tersebut. Jadi ibu bapa pasti akan berbelah bagi untuk menjelaskan makna tersebut kepada anak mereka.. kanak-kanak tersebut akan didedahkan pada peringakat kecil mengenai isu-isu yang berbaur lucah. Jadi dalam hal ini, pada pandangan syz, pihak astro perlu memandang hal ini secara serius. Semasa raptai persembahan, langkah menapis isu-isu perlu dilakukan. Isu-isu sensitive pwrlu da ketepikan.

Ini sekadar luahan rasa. Hanya merupakan pandangan syz sebagai peminat, penyokong, dan pemerhati arus industry hiburan.