Tuesday, December 6, 2011

Isu BP Maharaja Lawak Mega


Pandangan syz sebagai peminat industry komedi di Malaysia..

Baru-baru nie kita dikejutkan dengan incident bahawa peserta Maharaja Lawak Mega iaitu Sobri Bawal Power membuat persembahan yang mengeluarkan isu sensitive mengenai artis Malaysia iaitu Zaiton Sameo. Sobri yang terpaksa tampil secara solo dalam persembahannya telah mempersembahkan persembahannya yang menggunakan karektor seakan-akan watak Zaiton Sameon. Walaupun dalam persembahannya tidak menggunakan nama sebenar ‘Zaiton Sameon’ tetapi ‘Elton malaon’ tapi kita pasti dapat mengagak karekter yang dibawakan adalah merujuk kepada penyanyi tersebut. Tidak dinafikan bahawa persembahan Sobri mendatangkan kritikan hebat di media-media tempatan. Terutama, salah seorang pengkritik tetap program tersebut. Bagi pendangan syz sebangai penyokong industry komedi tempatan, kita tidak seharusnya menyalahkan secara bulat-bulat sahaja kepada Sobri. Hal ini demikian kerana, persembahan beliau dirancang pada saat terakhir apabila kejadian yang menimpa ke atas gandingan beliau “bob bp” terjadi.. Tambahan pula, pada pandangan syz pihak produksi MLM perlu melakukan sesi penapisan sewaktu raptai program berlangsung. Bukan sahaja persembahan BP sahaja yang menampilkan isu sensitive malah persembahan kumpulan lain di minggu yang terdahulu juga ada yang menampilkan isu yang agak sensitive. Umum perlu mengetahui bahawa program Rancangan Realiti Tv seperti, Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega ini bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa malah kanak-kanak dewasa juga.. lebih-lebih lagi pada ketika ini musim cuti sekolah sedang berlangsung. Bahan-bahan Lawak seperti isu ‘burung’, ‘angry bird’ yang dipersembahkan mungkin boleh difahami oleh golongan dewasa. Tapi sudah pasti bahan lawak ini kurang difahami oleh kanak-kanak. Ketika menonton, kanak-kanak pasti akan bertanya ibu bapa mereka mengenai makna perkataan tersebut. Jadi ibu bapa pasti akan berbelah bagi untuk menjelaskan makna tersebut kepada anak mereka.. kanak-kanak tersebut akan didedahkan pada peringakat kecil mengenai isu-isu yang berbaur lucah. Jadi dalam hal ini, pada pandangan syz, pihak astro perlu memandang hal ini secara serius. Semasa raptai persembahan, langkah menapis isu-isu perlu dilakukan. Isu-isu sensitive pwrlu da ketepikan.

Ini sekadar luahan rasa. Hanya merupakan pandangan syz sebagai peminat, penyokong, dan pemerhati arus industry hiburan.

No comments:

Post a Comment